Hello!



Tagboard!


My Post


Tabiat Yang Boleh Membuat Anda Sakit Kepala
Monday, November 28, 2011 | 11:56 PM | 0 comments

Anda sakit kepala?
Sakit kepala memang tidak selesa. Entah dari manalah datangnya tetapi jika anda meneliti tabiat anda, anda boleh mencari dalangnya.

Kopi – sekiranya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, ia mungkin menandakan penarikan kafein.

Komputer – berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang anda.

Silau – keletihan mata boleh buat anda sakit kepala. Elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor anda.

Makan dan minum – jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Juga pastikan anda minum air secukupnya.

Relaks – sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30an dan 40an anda. Ini mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan.

Ubat – sesetengah sakit kepala adalah kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan oleh doctor tetapi anda sentiasa boleh bertanya andai ada pilihan lain.

-dipetik dari info blog kesihatan-


Older Post | Newer Post